BALING – Kebimbangan penduduk mengenai kehadiran dua ekor gajah liar di kawasan penempatan mereka di Kampung Bukit Iboi, Kupang di sini, sejak beberapa hari lalu bakal berakhir apabila haiwan liar itu berjaya ditangkap dan dibawa keluar oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kelmarin. Seorang penduduk, Razak Che Ahmad, 66, berkata, masalah itu mula dikesan sebulan lalu apabila kawanan gajah turun dari arah Lata Chelak dipercayai dari Gunung Inas dan memasui kawasan berdekatan kampung. Katanya, setakat ini terdapat……