fbpx
Polis menahan sebahagian daripada remaja yang menaiki basikal lajak di sekitar bandar raya Johor Bahru.

16 remaja ditahan dalam Ops Khas basikal lajak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seramai 16 remaja lelaki ditahan dalam Operasi Khas (Basikal Lajak) yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) di sekitar pusat bandar raya ini, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah JBS, Superintenden Azrul Hisham Mohd. Shaffei, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 11 hingga 15 tahun.

Katanya, operasi yang bermula pada pukul 11 pagi hingga 4 petang itu mengesan sekumpulan remaja yang menunggang basikal lajak yang tidak menepati spesifikasi keselamatan.

“Dalam operasi berkenaan, sebanyak 16 buah basikal disita di bawah Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk pemeriksaan lanjut.

“Selain itu, sebanyak 16 keping saman POL.257 turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk basikal tiada brek, tiada loceng dan tiada lampu merah belakang,” katanya dalam kenyataan.

Azrul Hisham berkata, ibu bapa dan penjaga sah kepada kesemua remaja terbabit telah dipanggil ke Balai Polis bagi tujuan rakaman percakapan.

“Mereka turut dinasihatkan agar lebih memantau aktiviti anak-anak masing-masing,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN