fbpx
Tangkap gambar video tular di TikTok memperlihatkan anggota pasukan beruniform bersalam dan bergambar bersama Ustaz Azhar pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat Terengganu di Dataran Shahbandar pagi tadi.

[VIDEO] Semua pakat nak salam Ustaz Azhar Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kehadiran pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat Terengganu di Dataran Shahbandar pagi tadi menarik perhatian pengunjung terutama peserta perbarisan anggota pasukan beruniform.

Menerusi beberapa video tular di media sosial, kelihatan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan orang awam berebut bersalam dan bergambar dengan beliau selepas perbarisan selesai.

Dalam video sama, kelihatan Ustaz Azhar menyaksikan sambutan hari bersejarah tersebut sambil membawa kamera bagi merakam gambar.

Menerusi ruangan komen, pengguna media sosial turut memuji adab anggota pasukan beruniform berkenaan.

“Bukti anak muda sayangkan ulama,” komen pengguna TikTok Syam Ez.

“Terbaik anggota bomba hormat pada UAI,” kata Rosliza Liza.

“Macam biasa setiap tahun ada sokmo murabbi kita,” kata pengguna TikTok Senang Dapat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI