fbpx
SOULE (kanan) meledak gol tunggal perlawanan ketika Roma menewaskan Pisa pada aksi Serie A awal pagi tadi. - Foto ihsan Facebook AS Roma

Serie A: AS Roma perlu keluar ‘zon selesa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PISA – Pengendali AS Roma, Gian Piero Gasperini menyeru pasukan untuk keluar daripada zon selesa jika serius untuk mencabar kejuaraan Serie A selepas menewaskan Pisa 1-0 dalam aksi awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Giallorossi dilihat tidak beraksi pada tahap sebenar dan bernasib baik apabila meraih jaringan hasil penyudah Matias Soule selepas menerima hantaran Paulo Dybala.

Kata Gasperini, barisan pemain agak bergelut di atas padang dengan jentera serangan yang diketuai oleh Evan Ferguson dan Stephan El Shaarawy gagal mempamerkan penyudah yang diharapkan.

“Secara keseluruhan, saya gembira apabila kita dapat meraih kemenangan kedua musim ini. Namun, kita juga agak bergelut pada awal perlawanan kerana Pisa adalah pasukan yang berkualiti dan memiliki kelebihan fizikal.

“Selain itu, penyudah yang tumpul juga perlu diatasi pada aksi akan datang kerana kita sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol terutama pada babak kedua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN