fbpx
Antara gambar suasana kaunter MyKasih di sebuah pasar raya yang penuh dengan barang yang ditinggalkan pelanggan kerana sistem tergendala.

Sistem MyKasih tergendala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hari pertama pelaksanaan bantuan RM100 menerusi Program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) hari ini tidak berjalan lancar apabila berlaku gangguan pada sistem MyKasih.

Menerusi beberapa perkongsian di media sosial, orang ramai kecewa apabila tidak mendapat barangan disebabkan masalah yang berlaku.

Seorang pengguna X, Pankaj berkata, dia berada di sebuah pasar raya yang menawarkan kemudahan Sara sebelum dimaklumkan perkhidmatan tidak dapat digunakan buat sementara waktu.

Sementara itu, seorang pengguna Thread berkongsi situasi melihat beberapa pelanggan terpaksa meletakkan barangan masing-masing disebabkan sistem tergendala.

Seorang pengguna lain yang mahu dikenali sebagai Farah berkata, dia kecewa kerana tidak dapat berbelanja menggunakan wang bantuan itu gara-gara sistem MyKasih yang tidak boleh diakses.

“Kami suami isteri termenung lepas ambil barang makanan dalam troli sebab ‘sistem down’,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu mengumumkan pemberian bantuan RM100 kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad di bawah program Sara yang terpakai untuk pembelian barangan keperluan berdasarkan 14 kategori produk terpilih.

Pemberian bersempena sambutan Hari Kebangsaan itu merupakan ikhtiar segera bagi meringankan beban kos sara hidup, selain sebagai penghargaan kepada rakyat yang memberi manfaat kepada 22 juta penduduk dengan peruntukan RM2 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN