SEBERANG PERAI – Lebih 25,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Pulau yang berlangsung di pekarangan Stadium Negeri Pulau Pinang dekat Batu Kawan di sini, pagi tadi.
Walaupun program hanya dijadualkan bermula pada pukul 7.30 pagi, para pengunjung mula membanjiri pekarangan stadium seawal pukul pagi tadi
Hujan renyai yang turun seketika tidak menjadi penghalang malah, masing-masing tidak berganjak susulan teruja menantikan perbarisan bermula.
Difahamkan, sebanyak 122 kontinjen kawad kaki daripada pelbagai jabatan, agensi negeri dan persekutuan, badan berkanun negeri dan persekutuan,anak syarikat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai acara perbarisan pada kali ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peserta perbarisan seramai 7,533 orang. -KOSMO! ONLINE