fbpx
Saifullizan (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas.

Tukang bungkus dadah ditahan di rumah teres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING – Tindakan seorang pemuda yang menjalan kerja-kerja menjaga dan membungkus bekalan dadah membawa padah apabila dia ditahan dalam serbuan di sebuah rumah teres di Tabuan Desa di sini pada 22 Ogos lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak berkata, suspek ditangkap dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 malam dan polis merampas dadah jenis MDMA seberat 74.3 kilogram, ketamin(20.83 gram) dan Erimin 5 (11.04 gram) dengan anggaran nilai RM1.4 juta.

“Suspek mula aktif dalam sindiket tersebut sejak Ogos ini, dengan ditugaskan untuk menjaga bekalan dadah dan membungkus dadah tersebut dalam peket plastik sebelum diedarkan kepada pelanggan di Kuching.

“Suspek menerima bekalan dadah dan wang berbelanjaan sebanyak RM1,000 daripada ahli sindiket di rumah tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

Saifullizan menambah, ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari bermula 24 hingga 30 Ogos ini untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI