fbpx
Hannah Yeoh.

Saya menang saman fitnah, tuntut ganti rugi – Hannah Yeoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hari ini memaklumkan mahkamah telah menolak permohonan penangguhan pelaksanaan (stay of execution) yang difailkan oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff berhubung kes saman fitnah terhadapnya.

Menurut Hannah, peguamnya, Sangeet Kaur Deo hadir mewakilinya di mahkamah sebelum keputusan itu dibuat.

“Mahkamah telah menolak permohonan tersebut dengan kos. Selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini, saya telah menang saman fitnah tersebut dan berhak menuntut ganti rugi berjumlah RM400,000 serta kos guaman sebanyak RM80,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, dengan penolakan itu, keputusan Mahkamah Tinggi terdahulu kekal dan terus boleh dikuatkuasakan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pensyarah Dr. Kamarul Zaman untuk menangguhkan bayaran ganti rugi RM400,000 kepada Hannah Yeoh berhubung dua hantaran fitnah dalam laman sosial Facebook lapan tahun lalu.

Peguam Mohd. Khairul Azam yang mewakili Kamarul Zaman berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Avinder Singh Gill Ranjit Singh memutuskan demikian selepas meneliti hujahan yang dikemukakan kedua-dua belah pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI