fbpx
RAHMAD MARIMAN

Lebih 200 bekas ahli GISBH di Melaka jalani pemulihan sembilan bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Lebih 200 bekas ahli Global Ikhwan Sdn. Bhd. Holdings (GISBH) di negeri ini akan menjalani program rehabilitasi seminggu sekali selama sembilan bulan bermula bulan hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, program itu meliputi pemulihan akidah dan kelangsungan hidup yang akan dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Katanya, sesi rehabilitasi itu akan diadakan di beberapa lokasi bersesuaian termasuk masjid dan sekolah rendah agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

“Setakat ini, kita menerima kerjasama yang sangat baik daripada golongan tersebut berkaitan bantuan pemulihan dan mereka mahukan program (rehabilitasi) ini.

“Selain pemulihan akidah, isu lain adalah kelangsungan hidup kerana mereka sebelum ini mempunyai pekerjaan, tetapi sekarang terpaksa berusaha sendiri. Kita mahu bantu mereka kembali pada kehidupan normal,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam bersama bekas ahli GISB di Ayer Keroh, di sini malam tadi.

Mengulas mengenai majlis itu, beliau berkata, ia diadakan bagi mengumpul data sebenar jumlah bekas ahli GISB di negeri ini.

“Seramai 273 individu termasuk 51 buah keluarga hadir malam ini dan data mereka telah direkodkan. Sebelum ini kita tidak mempunyai data yang jelas termasuk kanak-kanak.

“Difahamkan terdapat lebih 300 orang (bekas ahli), tetapi hanya 70 peratus yang hadir, manakala bakinya tidak dapat hadir atas pelbagai sebab. (Bakinya) kita akan usaha dapatkan,” katanya.

Tambahnya, pada majlis itu, kaunter informasi disediakan supaya mereka dapat merujuk maklumat termasuk berkaitan taraf perkahwinan, status anak-anak dan pendidikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI