fbpx
Nor Fariza (tengah) menunjukkan sampel darah untuk projek MyGenom kepada peserta yang hadir di Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong, Sungai Siput, Kuala Kangsar hari ini. - Foto FADZIL ZAINOL

Kumpul rekod genetik Orang Asli untuk sains, liputan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI SIPUT – Usaha pengumpulan rekod genetik masyarakat Orang Asli dilancarkan agar mereka tidak tercicir daripada manfaat kemajuan sains dan liputan kesihatan.

Usaha itu dilakukan menerusi projek MyGenom, iaitu kajian genomik populasi berskala besar pertama negara yang bermaksud mengekod DNA rakyat daripada pelbagai bangsa dan etnik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, projek MyGenom itu akan melibatkan suku kaum Jakun, Temuan, Bateq, Jahai, Semai dan Temiar.

“Ini bagi memastikan kepelbagaian genetik Malaysia benar-benar tercermin dalam pangkalan data genom negara,” katanya menerusi teks ucapan dalam majlis pelancaran pengumpulan data penyelidikan MyGenom Orang Asli di Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Nor Fariza Ngah yang mewakili menteri untuk merasmikan majlis.

Dzulkefly berkata, sehingga Ogos 2025, MyGenom telah merekrut hampir 4,000 peserta di seluruh negara dengan 1,200 genom berjaya dijujuk.

“Di Sabah dan Sarawak, lebih 1,000 peserta berjaya direkrut, mewakili komuniti bumiputera termasuk Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, Iban, Bidayuh dan Melanau,” katanya.

Tambahnya, menerusi data genom, negara dapat mencegah bias dalam pemahaman penyakit dan tindak balas rawatan selain membangunkan rawatan tepat bagi penyakit kronik seperti jantung, diabetes, kanser, serta penyakit jarang jumpa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI