fbpx
Ahmad Faudzi Awang (tengah) bersama prospek pada Majlis Pelepasan Banduan Secara Berlesen Ihsan Madani sempena Hari Kemerdekaan 2025 di Penjara Kajang hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

Jabatan Penjara jimat RM18.1 juta, prospek bebas awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Jabatan Penjara berjaya mengurangkan penjimatan perbelanjaan sehingga RM18.1 juta setakat Julai ini menerusi pelbagai program yang dilaksanakan khusus untuk pelepasan prospek penjara.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Pemasyarakatan, Ahmad Fauzi Awang berkata, berdasarkan perbandingan pada tahun 2024, Jabatan Penjara berjaya mengurangkan penjimatan perbelanjaan sehingga RM29 juta.

Menurutnya, prospek yang dibebaskan itu melibatkan program-program antaranya yang menjalani parol, Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) atau Program Corporate Smart Internship bersama syarikat.

“Program yang kita buat selain beri peluang kedua kepada prospek berada dalam komuniti lebih awal, yang penting bantu kurangkan perbelanjaan kerajaan.

“Harapan kita sampai penghujung 2025 dengan usaha berterusan Jabatan Penjara, kita yakin matlamat atau sekurang-kurangnya capai tahap RM29 juta pada 2024. Insya-Allah penjimatan itu akan lebih daripada sasaran seperti tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Pelepasan Banduan Secara Lesen Ihsan Madani Tahun 2025 di Jabatan Penjara di sini hari ini.

Ahmad Fauzi berkata, seramai 626 prospek dari penjara seluruh Malaysia dilepaskan menerusi PBSL hari ini dengan 77 orang dari Penjara Kajang melibatkan 75 lelaki dan lima wanita yang mana mereka pulang ke pangkuan keluarga, mengikuti majikan atau ditempatkan di rumah perantara kerajaan.

Katanya, seramai 13,848 prospek dibebaskan menerusi PBSL untuk tahun ini, manakala secara keseluruhan kira-kira 23,000 prospek telah dibebaskan menerusi pelbagai program di bawah Jabatan Penjara.

Beliau berkata, berdasarkan rekod semasa, sebanyak 764 syarikat telah berdaftar dengan menawarkan kira-kira 7,000 peluang pekerjaan kepada prospek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI