fbpx
Fadil ketika bercakap pada sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

Dua pelajar maut jatuh kondo tiada hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan dua insiden kematian membabitkan pelajar universiti swasta yang terjatuh dari kondominium sama di Taman Melati, Setapak, minggu lalu tidak mempunyai sebarang kaitan walaupun mangsa menuntut di universiti yang sama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua pelajar terbabit juga tidak mengenali antara satu sama lain.

“Buat masa ini, banyak keterangan telah direkodkan dan proses itu masih diteruskan bagi membantu siasatan.

“Bilangan saksi yang dipanggil akan terus bertambah dari semasa ke semasa kerana siasatan dijalankan secara menyeluruh dan agresif,” katanya pada sidang akhar di sini hari ini.

Menurutnya, polis sedang berusaha mendapatkan semua bukti bagi menentukan sama ada wujud unsur buli yang mungkin mendorong kepada tindakan bunuh diri, namun butiran lanjut masih dalam siasatan.

Dalam kejadian 20 Ogos lalu, seorang pelajar wanita berusia 22 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 22 kondominium PV9 pada pukul 6.48 pagi sebelum terhempas di aras lapan bangunan tersebut.

Beberapa jam kemudian, seorang lagi pelajar lelaki berusia 21 tahun turut ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat 35 bangunan sama pada pukul 9.35 malam.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507B Kanun Keseksaan bagi meneliti dakwaan wujudnya unsur buli sama ada secara fizikal atau siber.

Kedua-dua kes turut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI