KAWAD kaki merupakan aktiviti berbaris dan bergerak secara seragam yang biasanya dilakukan oleh pasukan beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah (KRS), polis atau bomba. Aktiviti tersebut bukan sekadar berjalan lurus atau berdiri tegak, sebaliknya menuntut disiplin, koordinasi dan kerja berpasukan yang baik. Atas dasar itu, Dharshan Sri Nair Sri Murugan, 16, memilih aktiviti itu sebagai hobi yang dilakukannya di luar waktu pembelajaran di sekolah. “Sewaktu tingkatan tiga, saya mencari aktiviti yang boleh dibuat pada masa lapang. Jadi, saya mula terlibat dalam……