Adik-beradik adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada setiap manusia kerana datang daripada rahim seorag ibu yang sama. Sebelum kita mengenal dunia luar dan sahabat hantai, adik-beradiklah yang membesar bersama kita sedari kecil. Kita bergelak tawa, menangis, kadang-kadang bergaduh bersama-sama dan mencipta dunia yang serba indah ibarat mencorakkan warna pelangi di kaki langit. Semakin meningkat dewasa, ada antara kita semakin jauh hubungan dengan saudara mereka kerana kesibukan bekerja dan masing-masing membawa haluan hidup sendiri. Jarang-jarang dapat bertemu mata, itu pun……