fbpx
Gambar hiasan

Polis siasat kes pasang Jalur Gemilang terbalik di premis ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat kejadian Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di sebuah premis di ibu kota, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd. Din berkata,
laporan polis berhubung kejadian itu diterima kira-kira pukul 12.07 tengah hari.

Katanya, siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Pemilik premis dan pekerja yang memasang bendera itu telah dirakam percakapan pada semalam.

“Siasatan kes masih berjalan dan dalam proses untuk dilengkapkan (kertas siasatan),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung kejadian bendera dipasang terbalik berlaku di sebuah premis di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI