Bagi pereka fesyen tersohor Hatta Dolmat, sebuah koleksi bukan sekadar tentang potongan fabrik atau siluet di atas pentas. Ia adalah kisah hidup, cebisan pengalaman dan cerminan jiwa yang dilipat kemas menjadi busana. Selepas sedekad menjadi salah seorang pereka yang memperagakan busana di pentas gemilang Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), tahun ini, Hatta memilih untuk berkongsi sisi paling peribadi menerusi koleksi terbaharunya, Perahu Kertas yang merupakan sebuah penghormatan puitis terhadap perjalanan yang sarat dengan ketabahan, keberanian serta kreativiti tanpa henti untuk……