fbpx
ZABAWI (tengah) bergambar bersama wakil Utusan/Kosmo FC dan MARDI sebelum sepak mula perlawanan persahabatan di AG Sports Arena semalam. - MARDI

Aksi persahabatan eratkan Utusan/Kosmo FC, MARDI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bola sepak tidak hanya sekadar sukan, malah sentiasa menyediakan platform terbaik untuk membentuk penyatuan pelbagai lapisan, latar belakang dan menjadi ejen untuk mengukuhkan hubungan.

Menerusi satu aksi persahabatan di AG Sports Arena, Serdang semalam, skuad gabungan pengamal media, Utusan/Kosmo FC berjaya mengatasi pasukan Pilihan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan keputusan 3-0.

Lebih meriah, perlawanan persahabatan bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua pihak itu dirasmikan sendiri oleh Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani yang turun padang menyaksikan pertarungan penuh intensiti tersebut.

BARISAN pemain Utusan/Kosmo FC beraksi menentang MARDI dalam perlawanan persahabatan di AG Sports Arena semalam. – MARDI

Perlawanan berlangsung sengit dengan menyaksikan kedua-dua pasukan mempertaruhkan barisan terkuat bagi menyajikan aksi terbaik untuk mencipta kemenangan menerusi dua gol daripada Mohd. Hasriq Amiruddin dan satu jaringan menarik hasil tandukan wartawan Sukan Kosmo!, Muhammad Helmee Ramli.

Bagaimanapun, bukan keputusan yang dicari, sebaliknya lebih kepada mengeratkan dan memperkukuh hubungan sekali gus memudahkan usaha media menyalurkan maklumat tepat berkaitan apa juga program atau pun inisiatif dilaksanakan oleh MARDI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI