fbpx
Majlis penyerahan kenderaan pengangkut berperisai PDRM di Bukit Aman, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!

PDRM terima 4 kenderaan perisai bernilai RM10.72 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak empat unit kenderaan pengangkut berperisai atau Armoured Personnel Carrier (APC) bagi kegunaan Skuadron Perisai, Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, perolehan bernilai RM10.72 juta itu dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan 1.

Menurutnya, ia melibatkan pembekal Global Komited Sdn. Bhd. dengan tempoh kontrak 24 bulan sehingga 29 Mac 2026.

“APC jenama International Armoured Group (IAG) dengan model IAG Guardian CEN Level B6 ini mampu membawa lapan orang penumpang.

“Kenderaan ini dilengkapi sistem komunikasi serta ciri keselamatan taktikal seperti Radio VHF RMPNet, komunikasi taktikal mudah alih, ‘heavy duty winch’, tayar ‘runflat’ dan sistem gantungan tugas berat,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, majlis penyerahan kenderaan tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Global Komited Sdn. Bhd. Datuk Ir. Mohd. Nasser Israil kepada Mohd. Khalid.

Mengulas lanjut, Mohd. Khalid berkata, kenderaan tersebut akan diagihkan kepada tiga tiga briged PGA dengan pecahan dua kenderaan kepada Briged Tengah dan masing-masing sebuah kepada Briged Utara serta Tenggara.

Katanya, Skuadron Perisai PGA memainkan peranan penting sebagai perlindungan dalam penugasan operasi PDRM.

Jelas Mohd. Khalid, antara fungsi pasukan itu adalah utnuk memberikan perlindungan dalam rangkaian perhubungan jalan, menjalankan rondaan kawasan, membersihkan halangan di jalan raya termasuk mengiringi konvoi dan mengendalikan dan mendirikan sekatan jalan raya.

“Ia juga turut digunakan bagi mengangkut dan menghantar anggota atau logistik serta memberikan bantuan tembakan selain menjalankan operasi menyelamat mangsa di kawasan krisis dan membuat piket dan pos pemerhati (OP),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI