fbpx
Tangkap layar menunjukkan cermin hadapan retak selepas gajah itu meletakkan kakinya untuk menarik tebu. - X

Gajah pijak cermin lori, bawa lari tebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila seekor gajah nyaris memecahkan cermin hadapan kenderaan itu sebelum mengambil sejumlah tebu, lapor portal berita The Hindu semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan) di Persimpangan Arepalayam, negeri Tamil Nadu. 

Lori membawa muatan tebu itu dihalang seekor gajah ketika dalam perjalanan ke sebuah kilang gula di bandar Sathyamangalam dari Thalavadi. 

Rakaman video dimuat naik di  platform X oleh akaun @THChennai menunjukkan gajah itu menghampiri lori sebelum meletakkan kakinya di cermin hadapan untuk menarik tebu. 

Tolakan yang kuat menyebabkan cermin itu retak. 

Selepas beberapa tebu ‘dicuri’, pemandu segera menghidupkan enjin dan beredar dari tempat kejadian. 

Jabatan Hutan mengarahkan petani dan pemandu lori untuk menutup barang muatan dengan kain kanvas demi mengelakkan kejadian serupa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI