fbpx
Gambar hiasan.

30 mangsa sindiket tipu kerja di Kemboja dibawa pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Seramai 30 rakyat Malaysia yang dikenal pasti terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja berjaya dibawa pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Sihanoukville semalam.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, pada masa sama, tiga lagi rakyat Malaysia juga akan dihantar pulang ke tanah air pada hari ini melalui laluan sama.

“Pegawai Kedutaan turut berada di lapangan terbang untuk memberikan bantuan konsular termasuk memastikan kelancaran proses imigresen dan dokumentasi perjalanan.

“Ia termasuklah usaha menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan serta menjaga kebajikan individu berkenaan sebelum berlepas pulang,” katanya hari ini.

Menurutnya, kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh menzahirkan komitmen dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara terutamanya mereka yang terlibat di dalam sindiket penipuan pekerjaan.

“Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh kekal aktif dalam pemantauan keadaan semua yang terlibat dan senantiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa di Malaysia dan Kemboja dalam memudah cara siasatan dan menyediakan sokongan psikososial.

“Ia termasuk meneruskan usaha menyelamat dan menghantar pulang rakyat Malaysia yang masih terperangkap dalam sindiket tersebut,” katanya.

Kata Wisma Putra, pihaknya akan meneruskan komitmen untuk memelihara keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI