Cuti sekolah yang lepas kami sekeluarga telah menginap di salah satu chalet di Teluk Senangin, Lumut, Perak. Kebiasaannya ketika bercuti, masa adalah terhad kerana masing-masing ada agenda tersendiri untuk dipenuhi. Saya pula sedaya upaya akan cuba memasukkan aktiviti memancing dalam tentatif bercuti itu. Set pancing pantai (surf fishing) dengan beberapa batang joran panjang antara 12 hingga 15 kaki dibawa, tetapi kawasan pantai dipenuhi pengunjung, baik yang menginap di chalet-chalet mahupun berkhemah. Sepanjang masa, setiap sudut pantai ada sahaja orang memancing……