fbpx
KRISTIAN meraikan kejayaannya mencipta masa 8:15.81s untuk memecahkan rekod 3,000m kebangsaan awal pagi tadi.

Rekod 40 tahun Malaysia akhirnya lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelari jarak jauh negara, Kristian Tung melakar detik bersejarah apabila berjaya memadamkan rekod kebangsaan 3,000 meter (m) yang berusia 40 tahun dengan catatan baharu lapan minit 15.81 saat (s) di Kejohanan Tooting British Milers Club di London awal pagi tadi.

Atlet berusia 21 tahun itu menamatkan penantian panjang sejak rekod lama dicatat oleh S. Mutiah dengan catatan masa 8:27.00s di London pada 18 Jun 1985 sekali gus membuktikan kemampuan generasi baharu untuk mengangkat semula martabat acara larian jarak jauh Malaysia.

Kristian sebelum ini pernah mencuri tumpuan apabila mendominasi pentas Sukan Malaysia (Sukma) dengan tiga pingat emas dalam acara 1,500m, 5,000m dan 10,000m di Kuching pada 2024.

Pelari muda yang juga mahasiswa Universiti Loughborough itu kini beralih fokus kepada acara 10,000m awal bulan depan dengan misi menembusi sempadan 30 minit serta memecahkan rekod kebangsaan acara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI