fbpx
Muhyiddin (kiri) dan Anwar.

Dia pun kena minta maaf, banyak tuduhan dan fitnah dilemparkan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turut memohon maaf atas fitnah dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya selama ini.

Beliau berkata, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu banyak melemparkan fitnah terhadapnya sama ada dilemparkan kepadanya dalam mahupun di luar Parlimen.

“Dia (Muhyiddin) pun kena minta maaf banyak tuduhan-tuduhan, fitnah dia lemparkan, (kata) kerajaan zalim, tidak beri peruntukan kepada Kelantan, beratus yang disebut di Parlimen dan di luar Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar turut berkata beliau sedang menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum membuat sebarang keputusan meminta maaf kepada Muhyiddin.

Minggu lalu, Muhyiddin menuntut Anwar meminta maaf berhubung kenyataan yang mendakwa beliau mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, MCMC akan melaksanakan siasatan berhubung kenyataan, yang dikaitkan dengan Muhyiddin.

Sebelum ini Anwar menegaskan, siasatan yang dijalankan oleh MCMC ketika ini bukan bertujuan menyiasat Muhyiddin, sebaliknya, memfokuskan kepada sumber kenyataan tersebut.

Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk memohon maaf kepada Muhyiddin sekiranya kenyataan yang dibuat beliau di Parlimen baru-baru ini terbukti daripada sumber yang tidak sahih.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI