fbpx
Andy Kuek (dua dari kanan) pada majlis pemeteraian perjanjian antara Planworth dengan NEF di Kuala Lumpur kelmarin.

Planworth sedia kemudahan pembiayaan untuk ahli NEF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Planworth Global Factoring Sdn. Bhd. (Planworth) telah memeterai me­morandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) untuk memperluaskan akses pem­biayaan kepada usahawan bumiputera dalam sektor teknologi dan digital.

Kerjasama strategik ini sejajar dengan agenda pembangunan ekonomi digital negara dan akan membuka peluang lebih luas kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bumiputera berkembang melalui penyelesaian pembiayaan alternatif yang lebih inklusif.

Ketua Pegawai Eksekutif Planworth, Datuk Andy Kuek berkata, kerjasama ini bukan sekadar memperkukuhkan kedudukan usahawan bumiputera dalam ekonomi digital, malah menegaskan peranan Planworth sebagai rakan pembiaya yang dipercayai.

“Pelanggan kami bukan sekadar peminjam, sebaliknya rakan strategik yang mencerminkan nilai kami iaitu tadbir urus baik, kredibiliti dan aspirasi untuk berkembang.

“Menerusi kerjasama ini, kita boleh lebih fokus memahami keperluan ahli persa­tuan, sekali gus membolehkan mereka menerima pembayaran lebih cepat.

“Ini akan memperkukuh kedudukan kewangan syarikat, meningkatkan keyakinan untuk mengembangkan perniagaan, serta memberi akses kepada khidmat nasihat dan sokongan kewangan daripada kami,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan di sini kelmarin.

Kuek menerangkan, Planworth mengunjurkan suntikan pembiayaan sehingga RM800 juta yang memfokuskan kepada segmen PKS dan kini syarikat sudah mengagihkan lebih daripada RM400 juta pembiayaan kepada kumpulan sasarannya.

“Kami berpegang pada prinsip tanpa cagaran, kadar faedah telus dan tempoh pinjaman jangka pendek yang sesuai dengan keperluan pemfaktoran.

“Jika dikira dengan jumlah pembiayaan yang dikeluarkan tahun ini sekitar 500 peniaga atau syarikat akan mendapat manfaat,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI