fbpx
Penganjuran RXZ Members 6.0 yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus pada tahun lalu.

Peserta RXZ Members 7.0 diseru jaga disiplin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Peminat motosikal Yamaha RXZ seluruh negara yang bakal menyertai Himpunan RXZ Members 7.0 diseru agar menjaga disiplin sepanjang penganjuran program tersebut bermula lusa.

Pengarah program, Mohd. Ridzwan Idris berkata, kesemua peserta diharap tidak melakukan perbuatan melanggar undang-undang dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memasti program dua hari tersebut berlangsung secara harmoni.

“Kami berharap kita (peserta RXZ Members 7.0) tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang, membuat bising dan berlumba.

“Jangan juga menaikkan atau mengibarkan sebarang bentuk poster atau kain rentang yang boleh menganggu keharmonian program dan
berunsur politik,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Ridzwan berkata, sebarang salah laku boleh mengundang tindakan penguatkuasaan pihak berkuasa.

Beliau berkata, pihak penganjur tidak akan masuk campur dan menyebelahi sebarang salah laku peserta melakukan kesalahan undang-undang.

“Kita mahu biarpun RXZ Members di Litar Permotoran Terengganu ini berlangsung harmoni. Hargai sokongan yang diberi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Polis Diraja Malaysia.

“Semua lebih 100,000 peminat motosikal RXZ yang bakal turun akan diraikan dengan pelbagai acara seperto jamuan, persembahan artis dan cabutan bertuah menjanjikan hadiah lumayan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN