SAAT kumpulan orkestra yang dianggotainya diumumkan sebagai pemenang Anugerah Emas dalam Festival Orkestra Dunia ke-11 di Vienna, Austria pada bulan lalu, Cinta Nur Iman Hamdan, 16, berasa semua penat lelahnya berlatih dan mengatasi rasa gugup di pentas antarabangsa terasa berbaloi. Cinta Nur Iman, pelajar Sekolah Seri Puteri (SSP) Cyberjaya merupakan salah seorang anggota Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) yang baru-baru ini melakar sejarah apabila bukan sahaja menjadi pasukan wakil tunggal negara bahkan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Emas pada acara……