fbpx
Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas Pertama Penggal 2025-2029 pada 11 Ogos lepas. - Foto ihsan FAM

‘Kabinet’ FAM bakal dirombak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Spekulasi mengenai perubahan pucuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semakin kencang walaupun ‘kabinet’ bagi penggal 2025-2029 baru sahaja dibentuk pada Kongres Pemilihan 2025, Februari lepas.

Terdapat khabar angin membabitkan jawatan presiden badan induk sukan No. 1 negara akan ‘berubah wajah’ dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada FAM berhubung perkara berkenaan dengan barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) enggan ditemui bual di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Sebagai rekod, tampuk kepimpinan FAM diterajui oleh Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub tetapi terdapat dakwaan bahawa Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusof Mahadi akan memangku tugas tersebut jika proses peralihan kuasa berlaku.

Yusuf ketika ditemui pemberita enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut.

“Lain kali saja…tunggu minggu depan,” kata Mohd Yusoff secara ringkas.

Dalam masa yang sama, beberapa pimpinan FAM termasuk Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman turut bertindak mengunci mulut berhubung spekulasi berkenaan.

Kali terakhir Mohd Joehari dilihat menerusi laman sosial rasmi FAM adalah ketika menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas Pertama pada 11 Ogos lepas.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Presiden Kehormat FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin dan Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI