fbpx
Alexander ketika berucap di Majlis Perasmian Konvensyen Kejuruteraan Kebangsaan 2025 (NEC) di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF

Ganjaran setimpal mampu kekalkan minat graduan kejuruteraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Para graduan kejuruteraan negara perlu diberi ganjaran serta insentif setimpal supaya mereka kekal dalam bidang berkenaan dan tidak beralih kepada pekerjaan lain yang tidak berkaitan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, langkah itu penting dalam memastikan tenaga pakar dalam bidang kejuruteraan tidak berkurangan di masa hadapan.

“Berikan mereka ‘reward’ yang berpatutan supaya mereka boleh kekal dalam bidang ini. Contohnya daripada bidang kejuruteraan, beralih jadi pemandu e-hailing disebabkan pendapatannya agak lumayan.

“Sebab tu kita perlu melihat dan bincang bagaimana nak tarik minat graduan kejuruteraan terbabit sekali gus memastikan mereka kekal dalam bidang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Kejuruteraan Nasional 2025 (NEC 2025), di Bangsar South, di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Malaysia hanya mampu melahirkan kira-kira 6,000 jurutera setahun iaitu jauh lebih rendah berbanding keperluan semasa sebanyak 60,000 jurutera.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jurang besar itu perlu ditangani segera dengan mewujudkan laluan pantas melibatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 5 iaitu setaraf diploma untuk diserap ke universiti teknikal bagi dinaik taraf sebagai jurutera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI