fbpx
Fattah memuat naik foto anaknya bersama sepupu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menandakan sudah bersedia untuk bercuti ke luar negara.

Fattah akhirnya tunai impian Fatima bercuti ke Disneyland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Impian pelakon Fattah Amin membawa anak perempuannya, Nur Fatima Aisya ke Taman Tema Disneyland di Tokyo, Jepun akhirnya ditunaikan.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi Instagram Fatima, 5, yang teruja dengan percutian itu, selain memohon orang ramai mendoakan keselamatannya.

“Saya nak pergi bercuti yang paling saya nantikan, cipta kenangan dengan ayah saya ke Disneyland.

“Bolehkah mak cik dan pak cik doakan kesihatan, keselamatan dan kebahagiaan saya? Saya tahu saya akan sangat seronok!,” katanya.

Sementara itu, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, memuat naik foto anaknya bersama sepupu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menandakan sudah bersedia untuk bercuti ke luar negara.

“Hai semua, Fatima, Numan dan Nailah nak naik kapal terbang dah ini.

“Doakan kami selamat pergi dan balik,” ujarnya.

Sebelum ini, Fatima mencuri perhatian ramai dalam media sosial apabila menuntut bapanya untuk melancong ke Disneyland Tokyo.

Malah, Jun lalu, Fattah memaklumkan percutian tersebut sudah dirancang tetapi jadual perlu diatur agar tidak mengganggu persekolahan Fatima.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Rentetan itu, hak penjagaan Fatima menjadi milik Fazura, manakala Fattah diberikan kebenaran lawatan dan bermalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI