fbpx
Suspek (tengah) ditahan polis selepas dipercayai cuba menyeludup dadah jenis syabu seberat 900 kg ke Malaysia di Tak Bai, Thailand pada Khamis lalu. FOTO IHSAN POLIS THAILAND

Sindiket Thailand gagal seludup 900 kg syabu ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NARATHIWAT, THAILAND – Cubaan seorang lelaki yang terlibat dengan sindiket dadah untuk menyeludup 30 guni berisi 900 kilogram (kg) syabu ke Malaysia gagal selepas ditahan Bahagian Siasatan Narkotik Polis Wilayah Narathiwat di Tak Bai dekat sini pada Khamis lalu.

Suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi selepas menahan sebuah trak pikap yang digunakan untuk mengangkut sayur-sayuran dari wilayah utara Thailand ke Tak Bai.

Jurucakap Bahagian Narkotik Polis Daerah Tak Bai berkata, kejayaan itu hasil maklumat yang diperoleh daripada Unit Siasatan Narkotik Wilayah Narathiwat.

“Siasatan awal mendapati, dadah itu diangkut menggunakan trak pikap yang membawa sayur-sayuran. Pasukan operasi telah mengekori kenderaan tersebut sebelum memintas trak pikap itu di Tak Bai.

“Anggota polis kemudian menggeledah sayur-sayuran itu sebelum menjumpai 30 guni berisi dadah jenis methamphetamine seberat 900 kg,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jurucakap itu memberitahu, pemandu trak pikap itu ditahan untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI