fbpx
Ahmad Zahid berucap pada Majlis Perasmian Program Sentuhan Desa KEMAS bersama JPKKKdan Komuniti KEMAS @ Dewan Besar FELCRA Pasir Salak. Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

Tiada kompromi pegawai, anggota tentera bocor maklumat pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR SALAK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada kompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota tentera yang didapati bersekongkol membocorkan maklumat keselamatan negara.

Beliau berkata, pendirian itu selaras dengan kenyataan Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu sama ada sebagai pemberi maklumat atau terlibat secara langsung dalam perbuatan khianat itu.

“Ini soal imej pasukan, apatah lagi kita yang berada di peringkat yang harus menjalankan amanah dengan baik, bukannya menggunakan pangkat mahupun kedudukan dalam pasukan untuk melakukan kerja-kerja di luar lunas undang-undang.

“Jika perkara ini benar-benar berlaku, ia seharusnya dihentikan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Santunan Desa bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak, di sini hari ini.

Katanya, penahanan mereka juga disifatkan sebagai pengajaran mahal kepada pasukan keselamatan lain agar tidak membuat pengkhianatan sama.

Media sebelum ini melaporkan, lima pegawai kanan tentera dan lima orang awam termasuk seorang warga Indonesia berusia antara 30 hingga 55 tahun ditahan di Lembah Klang sejak Rabu lalu bagi membantu siasatan sindiket penyeludupan di selatan tanah air.

Antara ditahan adalah pegawai kanan dari bahagian perisikan ATM termasuk dua bekas anggota ATM dari bahagian sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI