fbpx
Yazmin Aziz (kanan) dan kekasih, Simon Joseph Javier.

Netizen sakit mata, Yasmin Aziz sibuk ‘konten’ dengan kekasih?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KISAH percintaan Yazmin Aziz dengan kekasihnya, Simon Joseph Javier bukan lagi rahsia.

Kalau nak cakap galak berkongsi dalam media sosial, memang tak perlu disangkal lagi.

Adakalanya sakit mata tetapi itu yang perlu ditatap pengguna media sosial setiap kali konten mereka berdua muncul.

Bukan nak halang tetapi kalau boleh janganlah terlalu ghairah seperti aksi ala-ala hendak bercium, bukan contoh yang baik untuk generasi muda.

Adakalanya Diva kagum juga sebab Yazmin lebih popular dengan cerita cinta bersama bekas-bekas kekasihnya berbanding kerjaya seni tapi tetap boleh bertahan dalam industri.

Mungkin setiap orang ada cara masing-masing nak naikkan nama tapi kalau terlalu kerap kisah peribadi, muak!

DIVA: Teruk juga perbalahan peminat Fattah Amin dan Fazura dalam media sosial, masing-masing nak menangkan artis kesayangan.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN