fbpx
SINNER

Final epik Sinner lawan Alcaraz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CINCINNATI – Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner mara ke final Terbuka Cincinnati selepas menundukkan Terence Atmane 7-6 (7/4), 6-2 awal pagi semalam untuk menempah pertembungan epik menentang Carlos Alcaraz.

Juara bertahan dari Itali itu tidak berdepan sebarang break point dalam aksi separuh akhir sekali gus mencatat kemenangan ke-200 di atas gelanggang keras serta melebarkan rekod sempurna kepada 26 perlawanan berturut-turut di permukaan tersebut.

Sinner yang juga bersedia mempertahankan gelaran di Terbuka Amerika Syarikat (AS) hujung bulan ini, mengakui aksi final menentang Alcaraz nanti bakal menjadi cabaran sebenar.

“Setiap kali berdepan lawan baharu, ia memang sukar. Tapi kali ini berbeza kerana Alcaraz adalah jaguh bertaraf dunia. Saya perlu lebih berhati-hati,” kata Sinner.

Terdahulu, Atmane, 23, mencuri tumpuan apabila menewaskan pilihan utama seperti Taylor Fritz dan Holger Rune selepas bermula dari pusingan kelayakan, namun pengalamannya tidak mampu mengekang ketenangan Sinner di pentas separuh akhir.

Sinner memenangi 20 daripada 21 mata servis pertamanya pada set pembukaan sebelum mendominasi tie-break untuk menguasai rentak permainan.

Perlawanan semakin jelas memihak kepadanya apabila dua kali mematahkan servis Atmane pada set kedua untuk mengesahkan tiket final.

Aksi final awal pagi esok dijangka mencuri tumpuan apabila Sinner berpeluang menambah satu lagi babak persaingan klasik menentang Alcaraz, lawan yang sering dianggap sebagai pencabar utama era baharu tenis dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI