UMPAMA berada dalam kisah dongeng dan dunia khayalan. Itulah pengalaman yang bakal dirasai oleh para pengunjung yang menjejakkan kaki di Dream Forest Langkawi (DFL). Terletak di kawasan hutan Langkawi, DFL akan membawa pengunjung menyelami kisah-kisah rakyat dan mitos tempatan dalam hutan penuh magis. Ketua Kumpulan Pemasaran DFL, Ann Nurbaya Hassan berkata, tempat itu merupakan sebuah taman malam interaktif yang menggabungkan warisan legenda dengan teknologi moden. “DFL bukan sekadar destinasi hiburan, tetapi satu perjalanan yang menghidupkan kembali kisah-kisah legenda melalui gabungan……