JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia terkejut apabila bekas teman wanitanya berulang kali melakukan transaksi sebanyak 1 rupiah (RM0.00026 sen) ke akaun banknya agar mereka dapat kembali bersama, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Rakaman video di media sosial menunjukkan telefon bimbit lelaki itu berbunyi dan mengeluarkan paparan notifikasi tanpa henti.
Bahkan, setiap transaksi itu dilengkapi ayat pendek seperti ‘Saya amat merindui kamu’, ‘Saya tidak kesah jika kamu mempunyai kekasih baharu’.
Hantaran itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Bekas kekasihnya masih belum ‘move on’,” kata seorang netizen.
“Wanita itu masih berharap,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI















