fbpx
Antara kenderaan yang diletakkan di Gunung Angsi, Kuala Pilah rosak selepas dihempap pokok tumbang pagi tadi. -IHSAN BOMBA

Tiga kereta rosak dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Tiga buah kenderaan yang diletakkan di parkir awam Gunung Angsi, di sini, mengalami kerosakan selepas dihempap pokok tumbang pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Norhirwan Zainal berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sri Menanti dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pukul 11.05 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi terdapat dua buah Proton Saga dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Ativa rosak dihempap pokok, manakala tujuh kenderaan lain mengalami kerosakan kerana terkena kabel elektrik.

“Pasukan operasi membersihkan pokok yang menghempap kenderaan dan mengalihkan kabel elektrik. Kejadian ini tidak membabitkan mangsa kerana mereka melakukan aktiviti pendakian di Gunung Angsi,” katanya kepada pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI