fbpx
Tangkap layar video tular pergaduhan antara Padang Tembak FC dan Jenderata FC ketika perlawanan bola sepak di Padang Speedy, Teluk Intan.

Gaduh: Padang Tembak FC, Jenderata FC didenda RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pasukan Padang Tembak FC dan Jenderata FC menerima padah apabila dikenakan hukuman denda oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Daerah Hilir Perak selepas pemain mereka terlibat insiden pergaduhan ketika perlawanan Liga Integriti Hilir Perak Piala Datuk Azhar Jamaluddin, 7 Ogos lalu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Daerah Hilir Perak dalam kenyataannya memaklumkan, dua pasukan itu masing-masing didenda RM3,000 susulan insiden yang berlaku di Padang Speedy, Teluk Intan.

“Dalam persidangan yang diadakan baru-baru ini dengan memanggil wakil kedua-dua pasukan, jawatankuasa tatatertib memutuskan bahawa pengurus pasukan Padang Tembak FC dikenakan tindakan penggantungan selama lima tahun.

“Penggantungan terhadap pengurus pasukan itu berkuat kuasa serta-merta,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, tindakan juga diambil terhadap pemain kedua-dua pasukan yang terlibat iaitu penggantungan selama tiga tahun berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan perlawanan dikekalkan kerana telah bermain lebih daripada dua per tiga masa permainan. Kedua-dua pasukan boleh membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan,” ujar kenyataan itu.

Media pada Khamis lalu melaporkan, empat lelaki dikenakan bon berkelakuan baik selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret Teluk Intan selepas mengaku bersalah bagi kesalahan melakukan gaduh gempar ketika perlawanan bola sepak di Padang Speedy, Teluk Intan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN