fbpx
Gambar hiasan.

Lebur RM695,375, wanita ditipu pelaburan Franklin Templeton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANGKAK – Seorang pesara warga emas kerugian RM695,375, lebih setengah juta selepas tertarik dengan pelaburan saham secara dalam talian yang menjanjikan keuntungan 100 peratus.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd. Talib, mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 60 tahun dan terjebak dengan pelaburan Franklin Templeton itu selepas melayari Facebook pada 2 Julai lalu.

“Mangsa kemudian telah berhubung dengan suspek melalui WhatsApp dan telah diarahkan untuk menekan pautan bagi memuat naik aplikasi pelaburan bernama DESG dan mangsa kemudian ditawarkan pelaburan saham dalam talian dengan keuntungan lumayan.

“Tertarik dengan tawaran 100 peratus keuntungan, mangsa membuat pindahan sebanyak 16 transaksi ke dalam empat ‘mule account’ bermula 2 Julai hingga 12 Ogos lalu melibatkan RM695,375,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI