fbpx
Keadaan lori bonded selepas terlibat kemalangan dengan treler di KM140.7 Lebuh Raya Utara Selatan, menghala Sungai Dua, pagi tadi.

Dua cedera lori bonded langgar treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Pemandu dan kelindan lori bonded cedera pada kaki selepas terlibat dalam kemalangan dengan treler di Kilometer 140.7, Lebuh Raya Utara Selatan menghala Sungai Dua, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, mangsa rakyat tempatan berusia dalam lingkungan 40-an dan warga Nepal berusia 37 tersepit dalam kenderaan tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri , John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.24 pagi.

Operasi menyelamat dilaksanakan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan dibantu BBP Bandar Perda.

“Kejadian melibatkan sebuah lori bonded yang merempuh belakang treler. Terdapat dua mangsa yang tersepit di hadapan lori, manakala pemandu treler tidak cedera.

“Mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan cedera pada kaki. Pemandu lori diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian.

“Kelindan pula dibawa oleh pasukan EMRS ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN