fbpx
Vagner bersama ikan keli gergasi yang ditangkapnya di Takungan Vranov pada 4 Ogos lalu. - Newsflash

Sejam ‘bertarung’ dengan ikan keli gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PRAGUE – Seorang pemancing berjaya menangkap ikan keli gergasi sepanjang 2.74 meter di sebatang anak sungai di Republik Czech selepas bertarung selama hampir sejam untuk menaikkan haiwan itu, lapor portal berita MailOnline semalam. 

Jakub Vagner, 43, membuat tangkapan luar biasa itu di Takungan Vranov, selatan Prague pada 4 Ogos lalu. 

Menurut Vagner, dia melihat ikan keli itu pada awal pagi ketika botnya melepasi kawasan berbatu.

“Saya melemparkan mata kail ke dalam sungai dan menunggu. Selepas 10 minit, ikan itu masuk ke dalam perangkap,” kata Vagner. 

Vagner segera menghubungi rakannya untuk membantu menaikkan ikan tersebut ke dalam bot sebelum ia dibawa ke darat. 

“Haiwan itu bukan sahaja panjang tetapi lebar dan berpotensi untuk membesar,” tambahnya. 

Ikan keli itu dilepaskan semula ke dalam air selepas mereka merakam gambar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI