fbpx
Gambar hiasan.

Tiga lelaki dihukum gantung sampai mati, edar dadah lebih 1 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Tiga lelaki dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana mengedar dadah methamphetamine melebihi 1 tan, enam tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas pihaknya berpendapat pendakwaan telah membuktikan pertuduhan pindaan melampaui keraguan munasabah terhadap ketiga-tiga tertuduh iaitu Pang Ming Siong, 54, Cheng Foot Leong, 46, dan Tok Chun Whei, 41.

“Mahkamah ini berpendapat pendakwaan membuktikan melampaui keraguan yang munasabah, kesemua tertuduh secara niat bersama melakukan kesalahan sebagaimana dalam pertuduhan pindaan.

“Mahkamah ini memutuskan ketiga-tiga tertuduh bersalah dan disabitkan atas pertuduhan pindaan,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan itu, mereka secara bersama telah mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 1,483,962.98 gram.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Muhammad Abd. Kadir dan Khairul Nadia Hasni.

Terdahulu, pada 31 Mac 2019, ketiga-tiga tertuduh pernah dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan mengedar methamphetamine seberat seberat 2,064,274 gram (2,064 kilogram).

Pada 22 Mac 2019, akhbar melaporkan sebanyak 2.06 tan syabu yang dianggar bernilai RM103.2 juta menjadi rampasan dadah terbaharu sekaligus yang terbesar dalam sejarah negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI