fbpx
Youssef Sameh Sayed Khaled Abdelwahar.

Keluarga buntu cari remaja Mesir hilang sejak 21 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja lelaki warganegara Mesir berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 21 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Youssef Sameh Sayed Khaled Abdelwahar kira-kira pukul 6.14 petang, 1 Ogos lalu.

Menurut beliau, laporan dibuat oleh wakil Taylor University selepas keluarga remaja berkenaan gagal menghubunginya.

“Berdasarkan maklumat, orang hilang mempunyai ketinggian kira-kira 1.75 meter dan berat 60 kilogram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung remaja tersebut diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau 03-7862 7100, atau tampil ke balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI