fbpx
Choo (dua dari kanan) bersama Micheal Chong (dua dari kiri) pada sidang akhbar di Wisma MCA, disini hari ini.

Anak mati 4 tahun lepas, ceti haram kejar keluarga tuntut RM46,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas terkejut apabila dia dan dua anaknya menerima ugutan supaya melunaskan hutang RM46,000 yang didakwa dipinjam oleh anak bongsunya yang telah meninggal dunia empat tahun lalu.

Mangsa, Choo, 68, berkata anak bongsunya, Koh Chee Ming, 34, meninggal dunia akibat membunuh diri pada 27 Mei 2021 kerana menghadapi masalah kewangan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, antara tahun 2016 hingga 2021, mendiang pernah meminjam kira-kira RM100,000 daripada ahli keluarga untuk kegunaan peribadi dan melanjutkan pelajaran dalam kursus pemandu pelancong.

“Namun pada 4 Ogos lalu, saya dan dua anak lain menerima banyak panggilan serta mesej daripada nombor berbeza yang menuntut bayaran RM46,000, kononnya hutang mendiang.

“Mereka turut mengugut untuk datang ke rumah sekiranya wang itu tidak dibayar,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, hari ini.

Bimbang keselamatan keluarga, Choo membuat laporan polis di Balai Polis Salak South pada tarikh sama.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya memandang serius kes berkenaan dan akan membantu keluarga tersebut bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI