fbpx
Ahli keluarga mengangkat Shahima yang pengsan buat kali keempat selepas membuat pengcaman mayat di Jabatan Forensik Perubatan, Hospital Gua Musang dekat Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

Nahas Gua Musang: Ibu Muhammad Faiz, Nor Aina empat kali pengsan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Ibu kepada dua penumpang Honda Civic EK yang maut dalam nahas kemalangan di Kilometer 33, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Felda Chiku 1 di sini berada dalam keadaan lemah selepas menangis, meraung dan empat kali pengsan apabila menerima perkhabaran duka itu sepanjang hari ini.

Adik mangsa, Muhammad Fakris Nor Amran, 23, berkata ibunya, Shahima Hamid, 54, sangat sedih kerana kehilangan anak keduanya, Muhammad Faiz Nor Amran, 32, dan anak kelimanya yang juga anak perempuan tunggal, Nor Aina Imra Nor Amran, 21.

Katanya, Nor Aina sangat rapat dengan ibunya kerana anak perempuan tunggal dalam keluarga.

“Mama jatuh pengsan tiga kali di rumah pada pagi tadi. Dia pengsan sekali lagi selepas selesai proses pengecaman jenazah di Hospital Gua Musang. Ibu juga sangat sedih dan dia kerap menangis,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Perubatan, Hospital Gua Musang, di sini sini hari ini.

Muhammad Fakris memberitahu, dia juga tidak menyangka status WhatsApp terakhir abangnya yang gembira apabila keluarganya pergi ke himpunan kereta termakbul adalah petanda ajal mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI