MESKIPUN menyara keluarga dengan hasil bertani, kedua-dua ibu bapa Tiew Siew Jin amat mengutamakan pendidikan kepada anak-anak mereka. Melihat perjuangan ibu bapanya yang berpenat lelah bekerja sebagai petani bagi membolehkan anak-anak mendapat pendidikan telah membuatkan Siew Jin, 26, tekad untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi bagi membanggakan keluarganya. Kini, dia sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Sains Bioteknologi Makanan di Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) di Bintulu, Sarawak. Lebih membanggakan, dia turut terpilih menerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA)……