fbpx
Alexander (tiga dari kiri) merasmikan Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Laluan FT003 dari Persimpangan Melor di Ketereh ke Kampung Pak Badol, Bachok hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Projek naik taraf jalan Ketereh-Pasir Puteh disambung 6km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Projek menaik taraf laluan FT003 dari Persimpangan Melor di Ketereh akan disambung untuk fasa seterusnya membabitkan jarak sejauh enam kilometer (km) ke Pasir Puteh.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek sambungan berkenaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat melalui tender yang telah dimuktamadkan dengan kos bernilai RM169 juta.

Menurutnya, projek menaik taraf laluan itu merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dalam memperkukuhkan jaringan jalan persekutuan di seluruh negara khususnya di Pantai Timur.

“Projek menaik taraf laluan FT003 sejauh 3.3 km dari persimpangan Melor di Ketereh ke Kampung Pak Badol telah berjaya disiapkan 92 hari lebih awal dengan penjimatan kos sebanyak RM5 juta.

“Oleh itu, kita mengumumkan berita baik untuk projek sambungan sejauh enam kilometer ke Pasir Puteh akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Laluan FT003 dari Persimpangan Melor di Ketereh ke Kampung Pak Badol di sini hari ini.

Dalam pada itu, Alexander memberitahu, Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) bagi Pakej 2B sejauh 6.2 kilometer dari Ketereh ke Kok Lanas dekat sini dijangka dapat disiapkan pada Oktober tahun depan. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI