fbpx
SEJAK bujang dan apatah lagi sekarang sudah mempunyai anak, Intan Najuwa sering mengambil serius dan lantang membalas komen-komen netizen dalam media sosial.

Apa lagi Intan Najuwa, apa yang tak kena tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CERITA tentang Datin Intan Najuwa dan anak perempuannya Imane Lunara memang sentiasa mencuri perhatian dan mengundang kritikan ramai dalam media sosial.

Baru-baru ini, dia sekali lagi membidas komen netizen yang mendakwa Imane akan sedar bahawa hanya pembantu rumah yang membesarkannya selama ini berbanding ibu bapa sendiri.

Tidak berdiam diri, Intan memberitahu Imane tahu ibu bapanya sentiasa melekat dengannya.

“Itu mungkin anak awak. Anak saya akan membesar dan sedar siapa yang ada dengan dia setiap saat.

“Hanya saya dan suami, bukan pembantu rumah. Bukan kadang-kadang tetapi sentiasa,” balasnya.

Betul juga apa yang Intan balas dan Diva rasa sudah-sudahlah campur tangan tentang cara mana-mana ibu bapa membesarkan anak mereka.

Setiap individu ada cara tersendiri. Kalau tidak tahu tentang hidup orang lain, lebih baik diam.

DIVA: Ramai kritik mengata drama Thariq Ridzuwan kurang menyengat, betul ke, Meerqeen kot?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI