fbpx
Puluhan pengemis meminta sedekah di laluan keluar masuk di Tanah Perkuburan Sunan Gunung Jati. - Instagram

Puluhan pengemis minta sedekah di depan tanah perkuburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Berpuluh-puluh pengemis dihalau selepas berkumpul di hadapan sebuah tanah perkuburan dan memaksa pengunjung memberikan wang sedekah, lapor portal berita Tribunnews kelmarin. 

Kejadian berlaku di Tanah Perkuburan Sunan Gunung Jati di Cirebon, wilayah Jawa Barat. 

Rakaman video di platform Instagram oleh akaun @sahabatweton menunjukkan puluhan pengemis berkumpul di sepanjang laluan keluar masuk. 

Ada antara mereka membawa tabung atau besen. 

Lebih mengejutkan, beberapa pengemis sanggup menarik baju atau lengan pengunjung untuk mendapatkan wang.

“Pengemis-pengemis itu terdiri daripada kanak-kanak sehingga warga emas,” kata seorang imam tempatan. 

Selepas video itu tular, pihak berkuasa segera bertindak balas dengan menghalau mereka selain memastikan kawasan tersebut dikawal ketat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI