fbpx
Allahyarham Zara Qairina.

Permohonan gali kubur Zara Qairina didengar hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Permohonan perintah untuk menggali semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dijadualkan didengar di mahkamah pada pukul 1 hingga 1.30 tengah hari ini.

Menurut kenyataan bersama peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri yang mewakili ibu kepada Allahyarhamah, Noraidah Lamat, proses penggalian dijangka dijalankan pada sebelah petang selepas perintah mahkamah diperoleh.

“Kami memohon agar semua mendoakan perjalanan semua perkara ini dipermudahkan oleh Allah SWT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Allahyarhamah Zara Qairina, 13 yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah dilaporkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas sehari menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama kira-kira pukul 3 pagi dan mengalami kecederaan parah sebelum dibawa ke hospital oleh pihak sekolah.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan laporan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina, telah diteliti dan dinilai oleh Jabatan Peguam Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M. Kumar Muthuvelu berkata, hasil penilaian mendapati terdapat keperluan untuk menggali semula (exhume) mayat mangsa bagi membolehkan prosedur bedah siasat (post-mortem) dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI