fbpx
BANYAK perbincangan dan reaksi yang timbul berhubung pengenaan SST ke atas buah diimport. - GAMBAR HIASAN

Peluasan SST buah import elak penyeludupan berterusan di negeri sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import merupakan salah satu langkah kerajaan untuk mengelakkan kegiatan penyeludupan berterusan di negeri-negeri sempadan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, peluasan cukai itu juga merupakan cara untuk memastikan rakyat membeli buah-buahan tempatan.

“Ada orang marah saya apabila buah-buahan import dikenakan cukai. Ini cara saya untuk memastikan orang ramai membeli buah-buahan tempatan.

“Jika tidak, selamanya akan ada penyeludupan melalui kawasan-kawasan sempadan di Sungai Golok, Kelantan. Bukan sahaja di sini, Kedah dan Perlis juga ada (penyeludupan buah-buahan),” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program Madani Rakyat 2025 Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, setakat ini, buah-buahan jenis limau dan epal import sudah dikecualikan daripada SST.

Menurutnya, mengambil contoh avokado, tanaman buah-buahan tersebut di Sabah banyak dan lebih berkualiti daripada produk import.

“Jadi, kita ada pilihan. Oleh itu, saya sudah berbincang dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud mengenai tarikan ekonomi yang ada di Kelantan.

“Negeri-negeri seperti Selangor, Johor dan Sarawak sudah mempunyai tarikan ekonomi yang tersendiri. Kerajaan sudah boleh lepaskan mereka sendiri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI